About

Monday, January 23, 2012

Lagi Keluar Pakatan Pembangkang & Sokong Barisan Nasional


Malam tadi berlangsung satu Program Pesta Ponggal anjuran Penyelaras BN dun Seri Setia. Pada malam tadi juga, penghijrahan sokongan badan NGO 'Skuad Prihatin' yang dahulunya menyokong Parti Keadilan (adil la sangat) Rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional.
Pengerusi Skuad Prihatin, Dr. Vickneswaran memaklumkan beliaulah yang telah membawa Anwar Ibrahim ke kawasan Desa Mentari satu ketika dahulu. Atas kehilangan kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim dan saf-saf Pakatan Pembangkang, maka beliau bersama 1000 ahli NGO Skuad Prihatin telah membuat keputusan untuk keluar dari Pakatan Pembangkang dan menyokong Transformasi 1Malaysia oleh Kerajaan Barisan Nasional.


Turut hadir ke Pesta Ponggal ini adalah Penyelaras BN Dun Seri Setia, Dato' Abdul Halim Samad dan Lee Hou Yin (MCA Subang)


Nota Kaki:
Komitmen Barisan Nasional konsisten dalam membantu rakyat Malaysia. Syabas asam ucapkan pada Skuad Prihatin atas penghijrahan ini dan teruslah menyokong Barisan Nasional! 


Credit: NonnyMaya


Monday, January 9, 2012

901 - Antara Anwar dan Saiful..


Pagi ini mahkamah akan menentukan sama ada Anwar Ibrahim bersalah dalam kes meliwat Saiful Bukhari atau tidak. Susulan dari keputusan dari mahkamah sebentar nanti, Pakatan Rakyat telah mengusulkan agar penyokong di kalangan mereka supaya turun beramai-ramai bagi membuktikan ketotokan mereka terhadap perjuangan kote bengkok Anwar Ibrahim.


Beberapa rakan blogger asam telah membuat tinjauan ke beberapa tempat yang dikatakan bakal menjadi 'port' panas pagi nanti dan ternyata keadaan sunyi sepi. bukan maksud sunyi sepi bermaksud tiada orang, ada memang ada beberapa kumpulan kecil manusia yang telah hadir namun jumlahnya tidaklah ramai. barangkali ini kerana esok adalah hari bekerja. dengan kesesakan jalanrayanya, kesibukan ibubapa menghantar anak ke sekolah dan hari bekerja mungkin menjadi punca kelengangan 'port' panas ini.


Apa yang menarik perhatian asam, sejauh manakah kita selaku rakyat yang telah dijamukan di kaca televisyen, radio, platform internet selama beberapa tahun mengenai kes liwat Anwar Ibrahim ini dapat menerima keputusan mahkamah?


Jika Anwar didapati bersalah meliwat..bagaimana reaksi anda dan jika Anwar didapati tidak bersalah atas sebab teknikal bagaimana pula reaksi anda?
Asam bersama rakan-rakan blogger lain Papagomo, RBF, Parpukari, Darul Ehsan Today, Gerakan Anti PKR, Media Info kita dan AIDC telah berkesempatan menemui Saiful Bukhari beberapa hari lepas bagi mendapatkan reaksi beliau mengenai tarikh 9hb. Januari dan kebarangkalian keputusan mahkamah. Ternyata Saiful Bukhari tenang malah bersedia menerima apa jua keputusan mahkamah. Pucuk pangkalnya beliau telah melakukan yang terbaik untuk menegakkan HAQ. Tanggungjawab beliau untuk menegakkan kebenaran telah terlaksana dengan baiknya. Selebihnya beliau berserah kepada Yang Maha Kuasa..
Kepada Anwar Ibrahim, asam berharap agar kebenaran bakal timbul pada pagi ini dan bersedialah anda ke penjara atas kesalahan dunia yang anda lakukan..
Kepada Saiful Bukhari, bro..since 3 tahun 6 bulan lepas kami bloggers jalanan telah bersatu membantu perjuangan anda mengikut kesesuaian kami selaku bloggers..kami akan terus menyokong anda! terima kasih atas keberanian anda mengenengahkan perilaku jijik manusia bernama Anwar Ibrahim.
Dunia mungkin lepas..Akhirat CONFIRM takkan terlepas!

"Saya tidak sanggup", kata Dr. Hassan Ali..



Sekitar jam 9.30 malam tadi, satu sessi penerangan Dr. Hassan Ali mengenai isu pemecatan beliau telah diadakan di kediaman beliau. Antara penerangan beliau sedikit sebanyak telah menyentuh prinsip perjuangan beliau dan perjuangan asal PAS yang satu ketika dahulu telah menjadi tonggak perjuangan PAS iaitu menegakkan ISLAM. 
Beliau menyingkap kembali selama 15 tahun beliau bersama PAS, Almarhum Fadzil Noor telah banyak mendidik dan membimbing beliau dalam kancah dunia politik. Perjuangan PAS yang dahulunya siang malam pagi petang memperjuangkan ISLAM telah menarik minat beliau untuk turut serta. Kini perjuangan PAS telah jauh tersasar.

Beliau mempersoalkan, Allah swt. telah mengizinkan PAS untuk memerintah Selangor bersama Pakatan Rakyat namun tanggungjawab bagi menggalas perjuangan menegakkan ISLAM masih tiada siapa yang berani menggalas. Beliau memberitahu beliau bersama rakan-rakan PAS telah melihat anak-anak muda Melayu mabuk akibat air arak malah anak-anak Melayu jugalah yang tertangkap di hotel-hotel murahan dalam serbuan-serbuan yang dilakukan JAIS. Sehinggakan pendakwahan Kristian ke atas umat ISLAM di Selangor telah sampai ke tahap merbahaya. Bayangkan jika ada anak-anak kita mati tanpa kalimah syahadah. Maka dengan itu, saya terpanggil untuk bangkit menyelamatkan akidah umat ISLAM khususnya di Selangor. Beliau bertanyakan siapa lagi didalam PAS yang sanggup menggalas tugas ini? 

Beliau kecewa usaha murni ini tidak mendapat sokongan dari ahli PAS sendiri malah menyekat dan mendapat tentangan. Lebih menyedihkan sebab sebenar Dr. Hassan Ali telah dipecat adalah kerana Anwar Ibrahim. Beliau memaklumkan beliau tidak mahu Anwar Ibrahim mengheret rakyat supaya menjunjung perjuangan kotor Anwar Ibrahim. Beliau memaklumkan bahawa beliau tidak sanggup untuk turut bersama dalam perhimpunan pagi ini kerana tidak mahu menggalas perjuangan jijik manusia bernama Anwar Ibrahim. 
Dr. Hassan Ali secara sinis menyatakan Hadi Awang lebih 'bersih' untuk dijadikan Perdana Menteri dari Anwar Ibrahim yang sememangnya kotor. Sambil berseloroh beliau berkata beliau belum pernah jumpa manusia yang masih mahu menjadi Perdana menteri walaupun di dalam penjara. Atas dasar itulah Dr. Hassan Ali telah dipecat dari PAS. yang paling mendukacitakan beliau adalah, Timbalan Presiden Pakatan Rakyat mendesak agar PAS memecat beliau. 

Akhir kata beliau, apa pun natijahnya samaada beliau digugurkan dari PAS, dipecat dari PAS, dimansuhkan jawatan Exco PAS..perjuangan hanyalah menegakkan agama ISLAM.
Nota Kaki:
Dengan pemecatan Dr. Hassan Ali dari parti PAS, maka seorang lagi manusia yang benar-benar memperjuangkan ISLAM dibuang dari parti yang bernama Parti Islam Semalaysia atau PAS. Kelakar bukan,  parti yang memperjuangkan ISLAM telah memecat ahlinya yang benar-benar memperjuangkan ISLAM

Apakah mungkin PAS bertindak sedemikian bagi membuktikan PAS sekali lagi layak digelar Parti Anjing Suruhan? Atau mungkin PAS bertindak sedemikian kerana perlakuan Dr. Hassan Ali selama ini telah banyak menyusahkan DAP Selangor? Atau mungkin PAS mahu membuktikan bahawa mereka juga mahu mengejar jawatan Ketua Umum dengan memecat Dr. Hassan Ali? 

Apa pun spekulasinya..asam boleh menyimpulkan disini, KAFIR sekali lagi telah berjaya memecah-belahkan umat ISLAM di dalam PAS yang terdiri dari kumpulan Ulama' dan Kumpulan Atarturk. Siapa ejen KAFIR a.k.a DAP di dalam PAS, anda nilaikanlah sendiri..